Tuesday, March 31, 2009

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan.

Tips untuk Karagan Expositori yang baik...


D. efinisi
I. nformasi
A. nalysis


I. si
B. ukti
U. lasan



K. esimpulan
U. mmmph!!!!!!





Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian


'Belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.'...topik ini adalah salah satu topik yang selalu ditanya, sama ada di dalam bahas atau segi pendapat oleh pelajar-pelajar. Ramai suka belajar secara bekumpulan, tetapi ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Faktor-faktor ini akan membawa keputusan yang berlainan....
Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari kumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini pun meringankan beban cikgu-cikgu yang selalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah.
Belajar secara berkumpulan pun membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu.
Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh.
Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.
Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar secara bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk belajar akan tercapai. Dia mempunyai kamar sendiri untuk belajar, dan barang-barang sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh memajukan didinya untuk cemerlang.
Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh belajar berdikari, dan inilah salah satu daripada sifat-sifat kita harus punyai. Dengan belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain.
Keburukannya- jika ada soalan untuk ditanya, kita tiada sesiapa untuk membantu kita. Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh merosot pelajaran.
Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang, pendapat orang lain lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar, rakan sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita, dan ini boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi. Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian.
Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya.


2 comments: