Saturday, March 14, 2009

Filem Yang Pernah Saya Tontoni


Filem yang pernah saya tontoni: GRIDIRON GANG
Sinopsis:
Filem ini megisahkan tentang sekelompok remaja-remaja lelaki di dalam penjara dijadualkan untuk meningkatkan kerjasama antara satu sama lain dengan bermain 'football'. Pada mulanya, mereka hanya mementingkan diri mereka dan selalu bergaduh antara satu sama lain. Tiap-tiap hari Sean Porter(Dwayne 'The Rock' Johnson), seorang cikgu 'football' akan megajarnya dengan penuh tabah supaya mereka boleh menjadi orang-orang yang lebih berguna. Hari demi hari, mereka telah menunjukkan kerjasama mereka. Sean pun membawa mereka keluar dari penjara untuk menewaskan kumpulan-kumpulan lain yang terbaik. Dengan kegunaan latihan dan kerjasama mereka, mereka menewaskan semua kumpulan-kumpulan tersebut.
Pelajaran:
Saya pelajari bahawa setiap manusia harus diberikan peluang yang kedua, walaupun dia seorang yang paling jahat. Saya pun pelajari bahawa walaupun susahnya kehidupan mereka, mereka mengatasi dendam mereka dengan disiplin diri.

1 comment: