Thursday, April 23, 2009

Persahabatan Kaum Antarabangsa

Hari Persahabatan Kaum Antarabangsa adalah salah satu hari yang kita harus diraihkan di Singapura, sama ada di dalam sekolah atau pun di dalam pejabat.

Di sekolah kami, ada sebuah persembahan tentang penari-penari daripada pelbagai negara mempelajari tarian kontemporari daripada guru tarian- juga daripada pelbagai neagara. Dengan begitu, ini boleh merapatkan persahabatan antara Singapura dan lain-lain negara berjiranan dan menjauhi permusuhan antara satu sama lain.

Kami pun disuruh untuk mempelajari pelbagai budaya dari kaum-kaum yang lain seperti kaum Cina dan India kerana inilah antara majoriti kaum di Singapura.

Hari Persahabatan Kaum Antarabangsa juga hari untuk guru-guru berpakaian tradisional separti cheongsam, baju kebaya, jubah dan sari. Pakaian juga bermain peranan dalam setiap tradisional kerana masing-masing mempunyai sejarah yang tersendiri.

Kami juga diberi peluang untuk menguji pengetahuan kita tentang budaya-budaya di Singapura dalam soalan-soalan yang diberi untuk kami jawab. Ada soaln yang suruh kami bernyanyi, ada juga untuk mengisi lirik yang belum lengkap. Itulah yang saya suka untuk hari yang indah itu.

Selepas itu, kami dapat peluang untuk mencuba bermain dengan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, ting ting dan gasing. Permainan demikian sangat popular pada zaman perkampungan Singapura kerana masa itu manalah wujudnya internet..

Hari Persahabatan Kaum Antarabangsa adalah hari yang terpenting terutama sekali kepada rakyat Singapura kerana ia memandakan kami untuk harus bergantung satu sama lain pada waktu yang susah. Ia juga meneguhkan Singapura supaya tidak kelihatan lemah dan mudah diserangi oleh negeri yang lebih berkuasa.

2 comments:

  1. Bahasa ok. Buat karangan ini lebih menarik lah.

    ReplyDelete
  2. Bahasa kamu bagus juga
    Senang difahamkan.
    Isi juga relevan.
    Tetapi tulis lebih banyak sedikit jika mahu menarik pembaca.

    ReplyDelete