Thursday, April 23, 2009

Surat Kiriman Rasmi

Syazana Sani
Blk 123 Tampines St 23
#06-789
Singapura 531123

21 April 2009

Pengurus Syarikat Sistic
Kaunter Sistic tingkat #01
Tampines Mall

Tuan

           PE: Perkhidmatan yang kurang memuaskan

Merujuk kepada di atas, saya mahu membuat aduan tentang mendapat tiket untuk konsert David Archuleta semalam.

Petang semalam, saya dan rakan-rakan saya pergi ke Tampines Mall dan saya hanya nampak satu kaunter sahaja untuk kami membeli tiket, dan ramai orang pun merebut untuk membeli tiket tersebut. Ia mengambil masa yang panjang untuk hanya beratur di situ. Ada juga orang yang memotong barisan kami. Ini pun boleh memunculkan pergaduhan jika kami sudah hilang kesabaran kami.

Seterusnya, setelah beberapa lama beratur, akhirnya kami sampai di kaunter itu. Pegawai itu kelihatan penat, kerana dia sahaja yang bertugas sejak tadi petang. Belum sempat untuk kami bermula bercakap, pegawai itu tiba-tiba mengeluh kuat dan panjang. Kami pun minta tiket tersebut. Tanpa sebarangan sebab dia melapaskan geram kepada kami. Saya tidak berasa kelakuan itu baik, dan saya pun menyuruhnya untuk memanggil majikannya. Dia berdiam seketika, memberi kami tiket dan menyuruh kami bayar supaya masalah tidak semakin teruk.

Apa yang boleh perbaiki masalah ini adalah untuk menyiapkan lebih dari satu kaunter kerana David adalah penyanyi yang terkenal, dan mesti ramai orang untuk membeli tiket dan pergi ke konsert itu. Perkhidmatan juga boleh perbaiki jika tuan melibatkan dua pekerja dalam satu kaunter. Ini boleh mempercepatkan proses membeli tiket tersebut.

Saya harap tuan mengambil tindakan untuk masalah-masalah yang dirujukkan tadi. Terima kasih untuk mengambil masa tuan untuk membaca surat ini.

Yang ikhlas
Syazana Sani

No comments:

Post a Comment