Tuesday, April 28, 2009

Surat Kiriman Rasmi #2

Syazana Sani
Blk 123 Tampines St 23#06-789
Singapura 531123


21 April 2009


Pengurus Syarikat Sistic
Kaunter Sistic tingkat #01
Tampines Mall



Tuan           

PE: Perkhidmatan yang kurang memuaskan



Berhubung kepada di atas, saya mahu membuat aduan tentang masalah yang dihadapi saya untuk mendapat tiket ke konsert David Archuleta semalam.


Petang semalam, saya dan rakan-rakan saya pergi ke Tampines Mall dan saya hanya nampak satu kaunter sahaja untuk kami membeli tiket, dan ramai orang pun merebut-rebut untuk membeli tiket tersebut. Kami mengambil masa yang panjang untuk hanya beratur di situ. Ada juga orang yang memotong barisan kami. Ini pun boleh meyebabkan pergaduhan jika kami sudah hilang kesabaran kami.


Seterusnya, setelah beberapa lama beratur, akhirnya kami sampai di kaunter itu. Pegawai itu kelihatan penat, kerana dia sahaja yang bertugas sejak tadi petang. Belum sempat untuk kami bermula berkata-kata, pegawai itu tiba-tiba mengeluh kuat dan panjang. Kami pun minta tiket tersebut. Tanpa sebarang sebab dia melepaskan geram kepada kami. Saya tidak berasa kelakuan itu baik, dan saya pun menyuruhnya untuk memanggil majikannya. Dia berdiam seketika, memberi kami tiket dan menyuruh kami bayar supaya masalah tidak semakin teruk.


Apa yang boleh perbaiki masalah ini adalah untuk menyediakan lebih daripada satu kaunter kerana David adalah penyanyi yang terkenal, dan mesti ramai orang mahu menyaksikan konsert itu. Perkhidmatan juga boleh perbaiki jika tuan melibatkan dua pekerja dalam satu kaunter. Ini boleh mempercepatkan proses membeli tiket tersebut.


Semoga aduan ini boleh mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami jika tuan sudi megambil langkah yang seterusnya untuk memperbaiki perkhidmatan ini. Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.


Yang ikhlas
Syazana Sani

No comments:

Post a Comment